-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Tukar Langganan Unifi kepada DiGi Fibre

 

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Genap 2 tahun 3 bulan menggunakan Unifi TM, selepas membuat congak darab tolak bahagi. Saya telah mengambil keputusan untuk menukar provider dari Unifi ke DiGi Fibre atas alasan lebih menjimatkan. 

Sebelum ini saya melanggan Home Unifi 300mbps dan Ultimate Packs Unifi TV dengan bayaran RM199/bulan = RM210.94 termasuk service tax 6%. 

Saya bukan jenis tengok TV layan drama. Movie okay itu pun hujung minggu kalau takda apa nak buat. So, saya kira congak tambah tolak kos setahun untuk fibre home dan TV adalah sebanyak RM2,531.28. Boomm.. Banyak juga..TV tak tengok, banyak guna internet ja. So, saya kena rombak balik perbelanjaan saya.

Baru-baru ini DiGi menawarkan RM100.00 sebulan untuk Home Fiber berserta langgan plan postpaid mereka minimum plan RM90 (2021). Saya bukan nak tukar plan telefon saya. Just nak tukar plan di rumah. So, kalau melanggan fibre sahaja dengan kelajuan 300mbps = RM150.00 sebulan. Harga akhir selepas tambah service tax adalah RM159.00. (Internet sahaja tanpa plan tv dan talian tetap).


Perbandingan Unifi dan DiGi

UNIFI 300MBPS (Ultimate packs)

RM199 x 1.06 ST = RM210.94 x 12 bln = RM2,531.28 (Plan Asal)


UNIFI 300MBPS 

RM159 x 1.06 ST = RM168.54 x 12 bln = RM2,022.48


DIGI 300MBPS 

RM150 x 1.06 ST = RM159.00 x 12 bln = RM1,908.00



Penjimatan dalam RM623.28 (RM2,531.28 - RM1,908.00) selepas bertukar ke Digi Fibre. Alhamdulillah. 


Tahukah anda, sekiranya anda adalah pengguna plan Digi Postpaid, anda boleh melakukan penjimatan berbaloi selama tempoh 2 tahun kontrak bersama Digi Fibre?

Saya bagi ilustrasi dibawah ya. Ni saya cedok dari web DiGi Fibre sendiri. 

Sekiranya anda guna plan Postpaid RM60 sebulan, bayaran Home Fibre anda adalah sebanyak RM115.00 sebulan bagi kelajuan 300 Mbps selama 24 bulan (2 tahun). Belum termasuk Service tax ya.




Dan, sekiranya anda menggunakan postpaid plan RM90.00 sebulan, Home Fibre anda hanya RM100.00 sebulan bagi kelajuan 300 Mbps. Harga belum termasuk ST ya. 

Okay, jom kira penjimatan yang berlaku sekiranya saya guna plan RM60/bln dan 300 Mbps.


Perbelanjaan Bil Telco saya akan naik daripada RM25.00 sebulan kepada :

RM60.00 sebulan @ RM60 x 1.06 = RM63.60 / bln

Home Fibre bagi kelajuan 300Mbps saya akan dapat harga :

RM115.00 @ RM115 x 1.06 = RM121.90 / bln


Tukan PlanPostpaid RM60 + 300 Mbps

RM63.60 + RM121.90 = RM 185.50 / bln dan RM 2,226.00 setahun.


Kekal Plan Telco Asal Umobile + 300 Mbps

RM25.00 + RM159 = RM184 / bln dan RM2,208.00 setahun 

Beza kos RM 2,226.00 - RM2,208.00 = RM18.00


So saya pilih untuk kekal di Telco asal saya 😉😉 dan memilih DiGi Home Fibre 300 Mbps RM150 bulanan. 


Sekiranya anda memang pengguna Telco Digi, adalah berbaloi untuk anda bertukar ke Digi Fibre kelajuan adalah sama dengan Unifi sebab Digi pun pinjam port mereka juga.

So, terpulang dengan anda sendiri mana lebih berbaloi. 

Kalau berminat, boleh klik link ni terus untuk kira bajet anda dan tempat yang DiGi Fibre dan ada. Semak DiGi Fibre Plan



Baca juga:

1 comments

avatar

sy masih dlm kontrak dgn Unifi...kalau x, meme lama doh bertukar ke provider lain...

Balas delete



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..