-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Masalah Rambut Kerap Gugur Dan Putus

 Assalammualaikum dan Salam Sabtu.


Hari ni nak cerita sikit masalah rambut gugur dan kerap putus kalau di tarik 😁. Saya dulu masa remaja (haaaa) rambut lebat, tapi sejak lepas operate buang ketumbuhan luar tengkorak di kepala pada umur 20-an, terus rambut kerap gugur dan menipis. 

banyak juga treatment dah saya cuba, gi saloon dan pakai shampoo mahahei (mahal) tapi still belum ada progress yang baik. So, sebab nak jimat duit, saya bertukar ke shampoo dan treatment brand Diane ini. 

Diane Extra Hair Fall Control Shampoo (Merah)

Diane Extra HAir Fall Control Treatment (Merah)

 Dua-dua ni saya beli kat Watson ja senang. Harga setiap satu kalau x silap saya dalam anggaran RM39.90. Mungkin Watson ada buat member price so mungkin murah sikit. 

Cuba tengok price terkini di website Watson ---> Harga Terkini Shampoo Diane


Untuk anda yang rambut pendek boleh la pump 1 kali ja setiap kali penggunaan. Memang dapat jimat banyak. 

 

So, seminggu penggunaan shampoo dan treatment ni saya rasa rambut kekal lembut dan macam shining bila kena lampu haaaaa gitu. Keguguran dan putus still ada tapi tak seperti sebelum ni. Hope menjadi lah guna produk ni. 

Ada kawan suggest untuk menggunakan rawatan darah sendiri dan disuntik di kulit kepala (tak silap saya macam vampire treament kot) tapi kos dia agak tinggi (mampu mendengar story orang ja). So kita mulakan dengan yang low cost low progress ni dulu ya 😂😂😂

 Berkaitan dengan rawatan darah tu korang kena buat study dulu tau. Sebab ada fatwa kata haram kalau bukan dalam keadaan darurat dan harus kalau melibatkan kesihatan.  Sedikit info saya letakkan dibawah ini. 

Platelet-Rich Plasma (PRP) atu dikenali di negeri omputeh nama vampire treatment.

"Pandangan Islam Mengenai Perubatan Untuk Kecantikan

Islam melaknat sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang  dilakukan dengan alasan untuk kelihatan lebih cantik sama ada dengan cara suntikan atau dengan cara pembedahan. Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan ia adalah diharuskan. Tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ yang tubuh yang rosak selain untuk mengembalikan kecacatan pada kejadian tubuh manusia yang normal."

Dipetik dari website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Kalau anda nak baca lebih lagi, saya suggest baca yang ini:


Penggunaan Kaedah Platelet - Rich Plasma (PRP) Dalam Rawatan Kecantikan Menurut Perspektif Halal Haram oleh Nurhidayah Muhamad Sharifuddin, Nur Fadhilah Muhamad Apardi & Mohd Anuar Ramli


Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..