-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?

 Zaman sekarang lain dari dulu. Dulu kita tak ada media sosial yang kita x boleh nak share info/masalah secara terbuka.

Zaman kini, semua benda boleh dapat senang sgt. Nak tengok perut sebelum bersalin/selepas bersalin, senang ja. Sebagai contoh, nak tengok perut lepas ceaser pun senang. Ada siap gambar yang terlalu open disharekan semula oleh kita sendiri utk nak bagi tahu apa kita alami adalah sama seperti info yang disharekan dlm medsoc. Sehingga kita lupa imej tersebut sesuai atau tidak dipertonton awam ikut peringkat umur? Anak kita?
Kita nak share semula sesuatu entry mengambarkan imej sebenar, biarlah kita mengambil masa 5 saat utk berfikir adalah perlu utk kita sharekan image2 yang menayangkan bentuk / imej sebenar badan wanita @ lelaki?
Mungkin kita rasa “share sajalah, memang moment sebenar/realiti mcm tu” , tapi kita lupa pandangan mata orang lain tak sama. Tengok kaki pon ada yg naik nafsu, inikan punggung terdedah, perut terdedah utk menunjukkan selulit realiti. Maka berlaku lah kesan sampingan yang kita x sedar meningkatkan nafsu orang tertentu yang kita tak terfikir pon sbb kita ambil tahu atau tidak kejadian-kejadian rogol, sumbang mahram, amang seksual (berlaku atas kanak-kanak), cabul, rekod video orang mandi, kencing, berak, tukar baju. Nafsu org2 ini berlainan. Kadang tak terfikir dik otak kita.
“Org2 ni” saya merujuk kepada kes2 berlaku ya.
Peringatan untuk diri saya juga. Kadang kita leka, dan tak terlintas kat fikiran kita benda itu boleh berlaku.
Jadi, sama-sama lah kita mengambil berat perkara ini, kerana masa depan anak-anak kita juga bergantung kepada kepekaan masyarakat kita sekarang. Kalau kita tak peduli, sapa lagi?.
Salam Sayang ❤️

Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..