-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Awas, Jangan Jadi Mangsa Scam - Cara Semak Akaun Bank Penipu!

Dunia scamer sekarang sangat kejam. Mereka tidak mempunyai perasaan belas kasihan dan niat untuk mengaut keuntungan dengan kesusahan orang ramai. Mereka hanya menggunakan beberapa trick sahaja dan kita yang mengalami kerugian. 

Awas, berwaspadalah bagi kalian yang suka membeli Online dengan orang perantara atau personal. 

Bagaimana untuk berwaspada daripada kerugian ribuan malas ratusan ribu ringgit? 

1. Barang yang dijual jauh lebih murah daripada harga pasaran.

2. Penjual mahu meletakkan deposit atau bayaran berkali-kali dan jelas keadaan penjual seperti memaksa atau mengumpan anda untuk membeli dengan segera barang tersebut.

3. Sekiranya penjual memberikan akaun bank, semak dahulu akaun bank yang diberikan di web SEMAKMULE PDRM yang banyak membantu orang ramai daripada tertipu. Saya sharekan link dibawah.

<Sini> SEMAKMULE PDRM <Sini>



Sekiranya akaun yang telah dimasukkan mempunyai rekod bermasalah atau mempunyai aduan polis, maka akan keluar rekod dia untuk anda berhati-hati. 

Jangan mudah untuk percaya dengan tawaran menarik/murah dan mohon untuk anda lebih berhati-hati.


Bagaimana sekiranya anda telah menjadi mangsa penipuan?

1. Simpan bukti resit pemindahan wang ke akaun penipu itu

2. Pergi ke mana-mana balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis dengan berpandukan detail:

  • Tarikh dan masa kejadian
  • Tarikh dan masa pemindahan wang ke akaun penipu dan nilai kerugian
  • Butiran akaun penipu (No Akaun dan Nama Bank)



Baca juga:

2 comments

avatar

kalau dpt panggilan dari scammer memang sy block terus no tu...

Balas delete
avatar

betul. itu sebaiknya. kalau Polis call, selalunya perjumpaan dibuat di balai polis dan bukannya sambung-sambung panggilan.

Balas delete



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..