-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Kedai Komputer Terbaik Di Manjung Perak

 

Anda orang Manjung? Tak tahu mana nak buat CPU ikut cita rasa anda atau bajet? 

Meh saya cerita sedikit tentang satu kedai komputer yang saya bagi 5 bintang kalau di Manjung. 

HAZTECH KOMPUTER alamat : No.40 Ground Floor, Pusat Bandar Manjung, Seri Manjung, Perak (Berdekatan dengan Restoren Dunia Sup Kambing)

Salah satu sebabnya adalah, mereka akan berikan suggestion terbaik mengikut bajet yang anda tawarkan. 

Ini adalah kali ketiga saya berurusan dengan mereka kerana saya percayakan quality yang ditawarkan.  

1st masa PC opis problem last 2 years, tak tahan dengan problem berulang, saya terus buat searching dan jumpa kedai yang berpatutan. Maka terbelilah (1) cpu khas untuk opis yang boleh dikatakan antara yang paling laju dan mantap kalau buat kerja. Dengan bajet masa tu tak silap roughly RM2K. Alhamdulillah sampai sekarang, cpu saya tu masih berkhidmat dengan cemerlang gemilang dan meletop. 

Spec opis punya:

Intel(R) Core(TM) i5-10400F CPU @ 2.90GHz   2.90 GHz

16.0 GB RAM dan 480 SSD 

Wireless & Bluetooth tampal siap 

Graphic card saya beli asing kot masa tu, yang basic ja buat melepas rasoooo..


Kali kedua saya tolong boss belikan cpu dia buat hal dan amat menyedihkan haha. 

Tak ingat la spec dia. Almost sama macam cpu saya rasanya. Alhamdulillah, boss senang hati buat kerja takda masalah. 


Kali ketiga adalah pada tahun ini 2023 khas untuk hadiah birthday kat diri sendiri pada bulan Januari yang lepas. Pakej terbaik. Boleh bayar bulan (AEON Kredit) atau bayar tunai. Terpulang ikut size baju sendiri 😁😁😁

  


Spec untuk hadiah sendiri 😁😁😁😁


INTEL I5 13400F

GIGABYTE B760M DS3H AX WIFI 

PNY XLR8 RAM 8GB X2 3600MHZ RGB (SILVER) 

ACER PREDATOR 512GB M.2 NVME GEN4 

TOSHIBA 1TB 7200RPM 

COUGAR 750W GOLD

INNO3D RTX 3060TI 8GB TWIN X2 

SEGOTEP MEMPHIS - S WHITE WITH 3 FAN RGB 

INVASION HALARA 240M COOLER WHITE 



Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..