-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Followup Unit Cara Pemulihan Kerja Kanak-Kanak

 Assalamualaikum dan Salam Sabtu.


Alhamdulillah semalam adalah Tarikh followup Yusoff ke Unit
Cara Pemulihan Kerja di Hospital Manjung selepas follwup pertama Yusoff pada
tahun lepas. Alhamdulillah. Terapi memaklumkan ada progress yang banyak
dibandingkan dengan perjumpaan kali pertama pada tahun lepas. Sebelum ini
terapi memaklumkan Yusoff kurang respons apabila namanya dipanggil dan kurang
juga eye contact.



Alhamdulillah semalam Yusoff punya mood pon baik. Cukup
tidur juga membantu program pada hari tersebut. Semoga Yusoff banyak lagi
improvement untuk followup akan datang.



Selain dari followup di Hospital, saya juga mengambil
alternatif menghantar Yusoff ke pusat rawatan luar sekali seminggu untuk
membantu perkembangan Yusoff.



Selain daripada itu juga, terdapat satu group di Facebook
yang berkongsikan tentang perkembangan anak-anak mereka yang banyak juga
membantu dan memberikan input tentang perkembangan kanak-kanak yang belum @
sudah di diagnose Autism (banyak jenis tau saya pun tak berapa arif). Boleh
rujuk disini link ini :







Sekarang Yusoff berusia 2 tahun 4 bulan. Masih belum pandai
berinteraksi atau bercakap. Suka membuat hal sendiri dan jarang meragam. Kalau
dia happy sangat, dia akan mengepakkan kedua-dua tangan dia macam waiving atau
flapping. Suka jalan berjengket dan boleh jalan normal. Tapi dia prefer untuk
berjengket. Suka duduk dalam bentuk kaki W dan bouncing kalau dia happy.




 



So semalam terapi bagi nasihat supaya selepas ini kalau
nampak dia jalan jengket, cepat-cepat tekan kan kaki dia pada kedudukan normal.
Sama juga dengan kedudukan W mesti diperbetulkan segera.



 



Berbalik kepada terapi luar yang diambil, kalau anda tinggal
di Manjung, Perak, terdapat (2) pusat terapi yang saya sedia maklum iaitu di
Aulad Jannah Therapy Manjung dan Ve care Special Needs Sitiawan.


Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..