-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Bersunat seawal umur 1 bulan

 Assalammualaikum.


Hari ini bawa Yusoff pi kenduri. Depan dewan kenduri ada majlis berkhatan / bersunat beramai-ramai anjuran Persatuan Surau IPD Manjung. Ramai anak-anak lelaki didaftarkan untuk majlis ini dan apa yang menarik kos bersunat separuh ditanggung oleh persatuan. 

Yusoff 2 tahun 4 bulan. Baru balik kenduri kawin.


Hari ini Yusoff dan 2 tahun 4 bulan. Yusoff saya amik keputusan untuk disunatkan seawal umur 1 bulan kerana feedback dan study yang saya buat rata-rata memberikan positif feedback lalu saya memberanikan diri untuk hantar baby Yusoff bersunat awal. 

Saya ingat lagi masa tu, Yusoff genap 1 bulan. Saya bersama Baby Yusoff dan adik saya berada dihadapan Klinik Dr Ismail, barulah saya call family di Sarawak maklum yang saya nak sunatkan baby Yusoff. Apa lagi terkejutlah mereka dan orang yang pertama bising adalah ayah saya 😁😁😁. Selepas itu saya ambil masa 5 miit saya terangkan kebaikan dia dan akhirnya mereka membenarkan tindakan saya. Alhamdulillah. 

Masa dalam bilik Dr Ismail tu, Dr cek dulu kemaluan Yusoff sama ada sesuai atau tidak disunatkan awal dan alhamdulillah Yusoff lepas pemeriksaan. Part paling saya rasa gerun tu bila tengok kemaluan Yusoff kena suntik bius. Apa lagi menangislah si Yusoff. Termasuk saya sekali yang menangis. Tapi sekejap ja Yusoff nangis, lepas selesai clamping, dan pakai pampers macam biasa amik ubat sapu dan boleh balik (ini lepas bayar ye 😂. Yusoff masa dalam kereta macam tak ada apa-apa berlaku. Sampai di rumah pun tengok Yusoff okay. Umur 1 bulan, memang dia baring ja takda nak pusing kot kiri dan kanan. Tiada pantang, menyusu macam biasa dan mandi pon macam biasa. 

Pernah pada hari ketiga tu, adik saya call bagi tau cup clamping tu macam nak tertanggal. Memang risau sangat masa tu terus bawa Yusoff pi Klinik semula untuk cek. Klinik tutup pulak. Last saya amik gambar then whatsapp kat Dr, mujur Dr reply. Rupanya itu tanda-tanda sembuh. Ha ha haha, 1stime urus benda macam ni mana tau. Alhamdulilah, hari kelima tanggal sepenuhnya cup clamping tu (Kemaluan dan sembuh dan tolak sendiri clamping tu tertanggal). 

Genap seminggu, followup balik ke Klinik dan doktor puji kesan sunat tu cantik dan bersih , ini sebab adik saya tu amik jurusan nursing tolong jagakan, Than You so much Usu Azie. Alhamdulillah. Saya tak pening dah nak fikir bila si Yusoff ni ready nak sunat. 

Apa-apa pon bagi anda yang terfikir nak sunatkan anak awal, dapatkan nasihat dari pakar dulu ya. 



Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..