-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Video Game zaman 90-an masih diterima


Ingat lagi tak dengan game tape yang pupular pada zaman 90-an sebelum tercetusnya adik bradik PS1-PS4 ? Game ni saya baru beli dengan harga RM29.90 (Murahkan?). Ye la, kalau jual mahal sapa nak beli dah?. Tujuan saya beli game ni pon sebab anak-anak buah bercuti di sarawak, so tak mampun nak beli PS2 ke PS3 yang dorang dah main di rumah masing, apa salahnya saya perkenalkan dorang dengan game zaman makcik dia membesar ye tak. 


Untuk jenis game, kena beli tape dia la. So saya beli game yang famous sampai sekarang (x tau yang lain maseh main ke tak) bagi saya super Mario dan Contra. Ini adalah 2 jenis permainan yang masih best bagi saya lah.  Anak buah pon pada mula nya macam tak dapat terima ja quality game ini. Ye la, quality video jauh berbeza dengan PS3. Ha ha, ada 2 orang anak buah saya yang masih berumur 5 tahun ke bawah, diorang gelak x habis-habis bila abangnya buka game "Long Jump". Mungkin diorang geli hati tengok wajah cartoon tu kot. 

Alhamdulillah, game suer mario masih dapat diterima oleh generasi sekarang. Semua berebut nak main. Tapi tulah, keburukan game ni tak boleh nak save dalam memory card.


Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..