-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Cara senang buat Brownies yang kaya dengan coklat

Assalamualaikum.
Kali ini saya nak updaye entry pasal brownies pulak. Selalu tengok orang dok posting brownies di FB so saya pon rasa teringin nak makan. Jadi saya buat sendiri sempena hari jadi adik dan anak buah saya. Tambah pulak cuto sekolah ini kan, rumah penuh ngn anak anak buah. So, paling senang and akan dapat sambutan kalo buat brownies ni sebab budak bidak suka makan coklat kan.

Masa buat ni tak lama. Sekejap jer untuk adunan dan bahan yang diperlukan pon senang diperolehi.  Untuk resepi lak, saya dapatkan dari kakak saya dan sedikit modified (dah macam nak modified kete dah) dari resepi dari rancangan Mangkuk tingkat Eli.


Resepi Brownies Senang

Bahan-Bahan:

420gm Coklat Masak
30gm Serbuk Koko
150gm butter
120gm tepung naik sendiri
100gm gula perang
100gm gula castor (Boleh kurangkan ke 50gm atau x payah letak kalo xnak manis sangat)
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur gred A
Segenggam Coklat cip (kalau dalam Mangkuk Tingkat Eli, dia guna coklat bar yang di potong segi empat)

*Coklat Chip ikut suka

Cara buat:


  1. Pukul telur bersama gula castor, gula perang dan esen vanilla. (Adunan 1)
  2. Dalam bekas lain, campurkan serbuk koko dan tepung naik sendiri dan di ayakkan. (Adunan 2)
  3. Satukan Adunan 1 dan Adunan 2 sehingga sebati. (Adunan 3)
  4. Masakkan butter dan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler sehingga cair dan digaul rata. (Adunan 4)
  5. Masukkan adunan 4 ke dalam adunan 3 dan gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan segenggam coklat cip ke dalam adunan tadi dan gaul.
  7. Alaskan acuan leper 10''x10''dengan kertas baking dan sapukan butter supaya adunan tidak melekat dan masukkan adunan tadi.
  8. Adunan sedia dibakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebi dahulu dan dibakar dalam suhu 160~ (bakar selama 30-40 minit dengan api atas dan bawah)







Baca juga:

Tags:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..