-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Makanan yang menarik di Kota Samarahan - Nasi Mak Entek



Assalamualaikum.. Sesiapa yang pernah ke Samarahan atau pun pernah belajar di Unimas/Uitm/Maktab Perguruan di Samarahan semestinya sudah mengenali makanan ini.

Dikenali dengan keunikan hidangan dan rasa ayam rempah yang dimasak dengan cara tersendiri menjadikan makanan ini mendaat sambutan dikalangan penggemarnya.  ada diantara mereka yang sanggup menunggu lama untuk mendapatkan makanan ini di warung 2000.

Warung 2000 adalah sebuah kedai makan yang mempunyai banyak stall jualan makanan yang berbagai dan kebanyakan nya adalah yang sedap2.  Nasi Mak Entek ini adalah salah 1 yang terkenal di kedai tersebut.  Masa jualan bermula selalunya selepas pukul 7.00 malam dan sehingga habis stok jualan kot. Tapi selalunya memang akan habis awal.  Ada yang suka makan terus dikedai, dan ada yang suka bungkus bawa balik (macam saya).  Harga pulak saya terlupa sama ada RM6 atau pon RM7.  Hahaha, ingat ngn lapar jer  masa tu, lupe lak harga sebungkus.

Kalau anda ada pergi ke Kota Samarahan, Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk merasa makanan ini ye. =)  Warung 2000 terletak berhadapan dengan Summer Mall , Shopping Complex di Samarahan.




Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..