Jangan biarkan stress menjadi beban pada kehidupan mu. Ada beberapa cara untuk mengawal stress.
1.Menjerit
Tapi pastikan kamu bersendirian. Jeritlah dengan sekuat hati, lepaskan apa sahaja yang terbuku dilubuk hati mu ketika itu.
2.Menyanyi
Muzik dikatakan mampu meredakan stress. Jadi apa kata keluarkan bakat menyanyi yang ada pada diri. Jangan malu-malu k.
3.Lakukan Sesuatu Yang Menyenangkan
Misalnya, seperti belajar menjahit, melukis, memasak atau apa sahaja yang anda ingin lakukan.
4.Cuba Berkebun
Cukup dengan sebuah pasu, tanamlah apa sahaja bunga yang kamu mahu. Menanam bunga sememangnya boleh menyejukkan jiwa kamu.
5.Bermain Dengan Binatang Peliharaan
Menurut kajian yang dibuat di New York, orang yang mempunyai binatang peliharaan jarang stress.
6.Saksikan Bintang Di Langit
Luasnya angkasa mampu membuatkan kamu berasa takjub dan melupakan seketika stress yang melanda. Secara tiba-tiba semua ini akan membuatkan kamu menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Sumber dari : Majalah Remaja
0 comments