-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Pengalaman temuduga jawatan Penolong Akauntan W27 (30.12.2015)

Pengalaman temuduga jawatan Penolong Akauntan W27 (30.12.2015)



Assalammualaikum. Tak lama lagi nak new year. Dah ada azam untuk tahun 2016? Or maseh nak bawa azam tahun ni ke tahun hadapan? He he he, apa-apa pon Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Awal saya nak wish ni. =)

Okay, berbalik dengan entry blog saya, alhamdulillah, diberikan peluang untuk exam online jawatan Pem.Akaun W27 dan Lulus. Sekarang ke proses temuduga yang telah berlaku pada hari ni.  Preparation untuk temuduga ni saya hanya bagi 60% sahaja sebab terlalu sibuk dengan urusan seharian.  



Semalam pihak SPA call bagitau ada perubahan pada masa temuduga, alhamdulillah lagi sebab tak menghadap kereta jem awal pagi. 

Calon interview hari ini cuma 18 orang sahaja. Sepatutnya 20 orang.  Saya yang ke 15. Ada masa lagi nak study.  Kebanyakan soalan adalah dari laman web Jabatan Akauntan Negara. (Tapi bila dah masuk bilik temuduga, blannkkkkk)

Soalan dari panel SPA:


  1. Kenapa sambung degree?
  2. Matlamat hidup anda.
  3. Masalah pekerja bersemangat pada awalnya dan berakhir dengan kurang semangat, kenapa boleh jadi sebegitu dan bagaimana untuk tidak menjadi sebegitu.


Soalan dari panel JANM ditanya pada slot saya:


  1. Siapakan nama akauntan negara?
  2. Apakah yang anda tahu mengenai Nilai Bersama?
  3. Di dalam web JANM, ada banyak link, under link perkhidmatan, selain dari perkhidmatan pembayaran gaji, apa juga perkhidmatan disediakan?
  4. Susutnilai terbahagi kepada 2, terangkan 2 jenis tersebut.




Sempat juga saya bertanya dengan member-member yang dah interview sebelum saya, saya senaraikan soklan yang ditanya pada hari ni k.


  • Rukun iman
  • Sifat-sifat nabi
  • Nama Timbalan Akauntan Negara (Operasi)
  • Nama Timbalan Akauntan Negara (Korporat)

Baca juga:

Tags:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..