-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Aktiviti cuti sekolah ke Kolam Renang Kota Samarahan


Musim cuti sekolah, layan bawa anak2 buah ke Kolam Renang Kota Samarahan. Ini adalah salah satu aktiviti riadah yang terbaik dilakukan menggantikan berkelah di pantai. Hujung2 tahun macam ni, leadaan air laut yang bergelora tak menentu, risau sangat. So, the best subsitute aktiviti adalah swimming. Anak2 buah saya ni memang suka sangat swimming. Minggu lepas pergi 2kali seminggu. Ni gambar untuk hari ini (Selasa). Yang 3 orang budak laki2 tu dah pandai berenang hasil aktiviti kami di sini.




Keadaan air yang bersih punca kekerapan kami sekeluarga disini. Tidak dinafikan, tahap pengurusan kolam tersebut adalah semakin baik.  Kenapa saya katakan semakin baik? Sebab, kalau dulu pergi sini masa cuti sekolah, contohnya hujung minggu memang jarang la jumpa air kebiruan. Selalunya kehijauan. Alhamdulillah, sekarang dah jarang jumpa dah. 


Okay, yang kecik2 ni tak pandai berenang, so dorang main kat kolam kanak2 sahaja. 

Bayaran masuk
Kanak2-RM0.50
Dewasa-RM1.00

Masa operasi

Isnin Tutup

Selasa-Khamis 
10.00am - 12.00pm (buka)
12.00pm - 2.00pm (tutup)
2.00pm - 6pm (buka)

Jumaat
10.00am - 11.00am (buka)
11.00am - 2.00pm (tutup)
2.00pm - 6.00pm (buka)

Sabtu dan Ahad
10.00am - 6.30pm



Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..