-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Pengalaman Lasik Mata Prof.Muhaya di Prince Court (17.04.2014)

Assalammualaikum. Entry terbaru sempena tahun baru 2016 ni saya ingin kongsikan pengalaman semasa buat lasik di mata di Prince Court Medical Centre. Alhamdulillah, sekarang dah setahun 8 bulan selepas lasik mata. Syukur sangat-sangat.

Saya terpanggil untuk buat lasik ni selepas baca artikel di FB yang banyak dapat feedback positif. Rata-ratanya buat dengan Prof.Muhaya. Selepas bincang dengan parent, diorang bagi kebenaran buat, jadi kita teruskan proses booking slot. Hanya buat sms kepada No.Hp yang diiklankan diFB then dapat maklum balas untuk available slot. Kiranya hari ini saya call untuk confirm book, minggu depan dapat slot yang saya pilih yang senang dapat cuti.  Proses lasik ambil masa 2 hari. Ya, 2 hari tapi bukan melasik tu yang buat 2 hari okay. Hari pertama adalah untuk proses eyes check up dan hari kedua barulah untuk proses lasik yang hanya ambil masa 8 minit.




16.04.2014, temu janji pukul 9.00am jadi saya dan mak saya datang awal. Datang daftar diri di kaunter pendaftaran. Selepas tu, naik ke level Lasik Centre dan bermula lah journey saya untuk beberapa buah mesin check up mata. Memang banyak, lupa lak nak hitung masa tu. Ada titisan ubat yang dititis ke dalam mata. Proses hari ni adalah untuk menentukan sama ada mata anda boleh proceed ke proses lasik atau tidak. Alhamdulillah, proses hari ni berjalan lancar dan tengahari dah balik dah.  Maknanya esok dah boleh lasik. Tapi sebelum tu, kene pergi ke department pembayaran untuk proses lasik esok hari.  Part ni boleh bayar full or ikut brapa nak bayar dulu sebab yang confirm before lasik dah buang full payment.  Sebelum balik tu, nurse kat situ ada bagi ubat mata yang perlu dititis ke dalam mata ikut jam. Kalau tak silap la, ubat ini untuk mengembangkan anak mata memudahkan urusan esok hari. Dan juga, pesan penting, tak boleh menggunakan apa-apa wangian pada badan, dedoren x boleh, makeup pon x boleh. Sebab nak masuk bilik pembedahan lasik tu nanti.


17.04.2014, hari ni saya ditemani mak, kakak dan abang ipar saya. Ada kurang sikit nervous sebab ada pemberi semangat. Masa on the way ke Prince Court, hati dah start dup dap dup dap. Tuhan ja tahu perasaan masa tu.  Dah sampai kat prince court lagi bertambah perasaan tu. 

PART PEMBAYARAN - Semalam bayaran pendahuluan, so pagi ni ke department pembayaran dahulu untuk bayar balance semalam. Selepas bayar, terus ke Lasik Centre tunjuk resit pembayaran, nurse suh g minum pagi dulu, nanti dorang call naik atas semula. =)

PART MENUNGGU - Part menunggu ni, haisehmen.. Toilet dah bosan tengok muka saya ulang alik masuk. Jeng Jeng Jeng, sehinggalah Prof. Muhaya lalu depan mata, auranya sampai hilang rasa takut dihati. Saya 1st person yang akan dilasik pagi tu, jadi perasaan tu bercampur baur.  Penglihatan pon dah hampir kabur disebabkan ubat mata yang dorang kasi semalam.

PART MELASIK - Nurse akan panggil kita, dia bagitau boleh bawa 2 orang yang hadir bersama tengok proses lasik mata saya. Tapi melalui pintu cermin tu je la, x boleh masuk ke bilik tu. Proses lasik seingat saya dia guna 2 mesin. So, anda akan rasa dipusing ke kiri dan ke kanan. Sepanjang masa lasik, Prof.Muhaya siap berdoa dan bagi kata-kata nasihat.  sungguh tenang sekali masa tu. Tak da rasa sakit, ikut je arahan yang dorang bagi.  Alhamdulillah, dengan izin allah, proses selesai dalam masa 8 minit dan terus test baca huruf didinding.






PART AFTER LASIK - Selepas test baca huruf, dia akan suh kita rehat di bilik sebelah. Masa ni, mata akan rasa pedih macam masa kita kupas bawang. He He He, sapa yang pernah kupas bawang tu, taulah rasa dia kan.  Dalam masa 5-10 minit dalam bilik rehat tu.  Then nurse akan panggil bagi pack ubat mata dan cermin mata (Diorang dah siap bagi dalam pakej itu). Ubat mata tu kena titis dalam mata ikut jam selama 1 - 2 bulan. Kalau habis, kena beli di pharmacy yang ada jual. (Ini kalau masih rasa kering mata).
 

FINAL - Dapat bergambar kenangan dengan Prof. Muhaya. Sepatutnya, after lasik, kene buat follow up 3bln, 6bln, 1thn. Sempat tanya dengan nurse kat situ, dorang cakap kalau xde masalah lepas lasik, x perlu follow up. Sy dari sarawak, nak ulang alik ke KL menangis wooo.. =) Alhamdulillah, sampai sekarang, mata sihat dan tak rabun.  







CERMIN MATA HITAM - Ingat, kena pakai cermin mata tu walaupon nak tidur, takut tangan tergaru mata lak nanti.  Saya guna cermin mata ni selama sebulan lebih, ye la nak playsafe, He He, dorang recommend pakai selama 2 minggu dan ke atas. So, saya pilih sebulan. Masuk office dengan spek hitam, bayangkan perasaan tu. Ha Ha Ha, dalam office pon kena pakai. Nasiblah masa tu xda kelas nak diajar. Budak semua cuti sem.



Kos Pembedahan Lasik RM6,990.00
Pendaftaran Prince Court RM10.00
Info penting : Hari kejadian Lasik Surgery, dapat surat cuti sakit tapi untuk hari melasik. (Ini pon kalau anda mintak dengan nurse kat situ. Kalau x mintak, dia x bagi. =)


Masa jalan Kat Klang, Selangor.

Dah macam Tuan Rani Kulup Ha Ha Ha. Tapi turun kerja saya x guna dah spek tu. Guna sendiri punya yang lebih kena dengan saiz muka yang gedebak tu. =)

Baca juga:

2 comments

avatar

rm6990 + rm10 dah jadi rm7000., mahal jugak kann., huhu samala kekita., ;p

Balas delete
avatar

A ah Tiga Lalat. Tapi kalau survey kat sarawak pon harga dalamg range yang sama. =)

Balas delete



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..