Tahun 2016, nak bagi reward kat diri sendiri. Alhamdulillah, ada rezeki lebih untuk saya bertukar gajet baru. Hp lama saya ialah Remi Note first keluaran. dekat nak 2 tahun guna, ketahanan bateri tak yah cakap lah. Sehari caj sekali je. Tak payah nak bawa charger g tempat kerja, sebab balik rumah masih ada 59% lagi. Dengan camera 13Mp untuk main dan 2nd camera 5MP. Dual sim. 3G
Okay, cukup untuk HP lama saya. HP ni saya dah let go dengan abang saya buat 2nd gajet dia. Entah dia nak buat apa pon x kesah lah. Jadi, dengan topup duit sedikit, saya beli HP brand yang sama iaitu Redmi Note 2. Lagi advance dari hp saya yang lama.
Saya bagi spec kat bawah ni k. Kalau nak full spec, boleh click link ini. REDMI NOTE VS REDMI NOTE 2
Spec ni saya amibil dari web GSM. Dah taruh link kat atas tu untuk full spec.
Dengan ciri latest, dual sim support 4G keduanya, Camera yang lebih jitu, ketebalan dikurangkan dan lebih nipis. Selain itu, keistemewaan bateri fast charging buatkan saya lagi tersenyum. Okay, kalau lihat dari bateri, hp lama saya 3200mah Lipo, yang latest ni 2060 Mah Lipo, still tak mengecewakan.
kalau dulu internal memory saya hanya 8GB dan untuk yang latest keluaran ini pula internal memory adalag 16GB. Boleh support 32GB memory card.
Saya kongsikan gamabr hayat bateri saya pada 10.34malam dari pagi tadi saya guna. Masih ada baki 18%. Hehehe, gempak kan.
Dengan kelebihan yang ada dan harga ya amat berpatutan. RM649 sahaja Free pos. Saya beli online. He He He lagi murah. Beli dekat web utama dia. www.mi.com
Saya syorkan yang suka guna 2 number phone, bertukarlah kepada hp keluaran Mi ni. Boleh guna 1 hp saja dan kelebihan yang nyata berbaloi-baloi.
Tags:
#Tips Smartphones
0 comments