-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Perbezaan pinjaman pelaburan ASB 4 dan ASB 5

Mula terjebat dengan urusan Loan ASB sejak Jun 2010. Masa tu loan ASB diperkenalkan dalam program MASAM yang diadakan di Kuching, Sarawak secara besar-besaran.  Jadi saya apply la disebabkan faedah yang diperolehi adalah berpatutan dari apa yang kita bayaran setiap bulan untuk loan tersebut. Dalam seminggu 2, loan diluluskan. Pebayaran dibuat secara lumpsum every year setiap kali ambil dividend. So, bila ada lebihan buat belanja apa yang patut.  Dekat 5 tahun dapat faedah yang sama. Cuma kadar dividend yang diumumkan semakin berkurang saban tahun.

Masalah terjadi apabila, pada September 2015 saya dapat call dari pihak bank mengatakan akaun saya tertunggak disebabkan oleh bayaran bulanan sudah bertukar bermula pada Jun 2015.  Maksudnya, betullah 5 tahun bayar murah dan tahun ke-6 bayaran akan naik.  

Kalau ikut penerangan masa MASAm tahun berikut, promoter bagitau 5 tahun bayar murah ikut jadual. Tapi x jugak dimaklumkan berapa kenaikan seterusnya. 
Jadi, solution saya amik, CONFIRMED terminate loan ASB. InsaAllah, kalau dah stabil nak reloan ASB5 pulak. Sebab benefit yang diberikan adalah berbaloi.
Saya call pihak bank semula untuk kepastian, jadi bayaran sebulan starting JUN 2015 adalah sebanyak RM324.90 dibanding dengan bayaran yang lama iaitu RM204 sebulan. Sejak menerima panggilan tersebut, saya terfikir sama ada berbaloi atau tidak kalau hold akaun tersebut. Disebabkan bayaran bulanan sudah naik dan benefit yang lain kita x tahu kan.

Dah start membayar sebanyak rm324.90 sebulan sejak September 2015 (Ini disebabkan saya bayar lum sum so ditimbal semua, jadi bulan 9 tu kira duit bayaran setahun x cukup) sehingga Disember 2015.  

Hari ini, 11.01.2015, terdetik rasa hati nak g kuarkan dividend utk buat pembayaran semula, tapi system ASB hanya dibuka selepas pukul 1PM katanya ada kouta. Ha Ha Ha.. Ini sebenarnya Takdir Allah rasanya. Terus mulut dengan ringan bagitau, "ok, kalau macam tu, saya nak berurusan untuk terminate loan account ASB". Laju betul ayat-ayat cinta keluar dari mulut masa tu. 

Bila dah di kaunter pengurusan loan ASB, Pegawai tanya ASB 4 or ASB 5?

Muka blurr.. Sejak bila ada ASB 1-5 ni? Ha Ha Ha. Ok tak pa, dia tanya lagi, tahun bila buat loan? -"Tahun 2010 miss." So, dia pon bagitahu yg loan saya buat tu adalah ASB 4. 

Selepas bejumpa dengan pegawai tu barulah saya tahun ASB4 dan kelemahannya berbanding ABS5.
Apa benefitnya ASB4? JUST DAPAT BAYAR 5 TAHUN MURAH. Tahun ke-6 bayaran sebenar naik. Tak ada insuran ( ini benda paling best perlu ada dalam loan rasanya ). Sepanjang 5 tahun saya just membayar bunga sahaja. Jadi bila terminate ni, mungkin hanya sedikit sahaja jumlah yang terbayar dari RM50k tu. (No wonder lah bila statement sampai kat rumah, bakinya langsung x berganjak) Sedihnya....
Apa benefit ASB5 pula? 

  1. Bayaran lebih murah. Katakan Loan RM50k, kalau yang saya punya kini bayaran adalah RM324.90 sebulan, manakala ASB5 bayaran hanyalah RM299.
  2. Bayaran bulanan termasuk dengan bayaran principal+interest, maksudnya kita membayar sebahagian loan dan juga interest.
  3. Ada insuran. Jika terjadi apa2, insuran ni yang cover (ikut terms la, yang ni kena selidik lagi). Tapi insuran, sapa xnak oit. More secure.
  4. Sekiranya kes termination of account, still dapat sebahagian duit yang telah dibayar untuk jumlah loan. 
  5. Kepada yang nak buat loan, makesure anda buat sedikit research, sebab setiap bank menawarkan bayaran bualan yang berbeza. Ambil dulu dia punya risalah, then buat comparation. Mana satu menawarkan bayaran lebih murah.

    Baca juga:

    Tags:

2 comments

avatar

Kalo 5 tahun yang lepas masyuk la 3 lalat. sekarang dah terminate.. so x masyuk dah. hehe

Balas delete



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..