Assalammualaikum, hari ini saya nak update tentang sebuah cafe makanan western yang baru-baru dibuka di Satok Area. Kedudukannya yang strategik iaitu berada di bandar menjadi penguat kepada tarikan cafe ini. Dibuka di dalam kawasan rumah teres, sebelum trafic light Satok. Anda akan nampak kedudukan cafe Hustle di sebelah kiri. Alamat, Lorong Satok 17, 93400 Kuching, Sarawak. Beroperasi dari 6 petang hingga 12 malam.
Cara order, terus ke kaunter ya. Jangan duduk tunggu pelayan datang. He He He. Bagi saya, tempat ni sesuai untuk hangout bersama keluarga dan kawan-kawan. Saya pergi sana dengan kawan-kawan bujang ni. Semua sama kampung =) and nak amik yang paling dekat dengan rumah.
Untuk masa hidangan pula, tak mengambil masa yang lama. Tengah borak-borak ngn kawan, makanan pon sampai. Setiap sorang kitorang memang plan order belainan hidangan. Sharing is caring hahaha. Ni adalah cara untuk dapat merasa banyak jenis makanan sekaligus untuk malam tu.
Menu yang diorder malam tu adalah:
- Chicken Chop
- Peperoni Pizza
- Special Burger
- Carbonara Spageti
Harga pula adalah berpatutan. Saya leh recommend yang ingin rasa kelainan untuk hangout di Kuching, boleh try di HUSTLE cafe. =)
Ni gambar ngan member sama sekolah since sekolah rendah and sama kampung. =)
Lokasi HUSTLE cafe & gallery
Alamat, Lorong Satok 17, 93400 Kuching, Sarawak. Beroperasi dari 6 petang hingga 12 malam.
Tags:
#Tempat Makan Best
0 comments