Turun berat badan 18kg dalam tempoh setahun
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni, saja nak kongsi cerita perjalanan penurunan berat badan dari 98kg sehingga 80kg. Duration utk lost 18kg amik masa 1 tahun macam tu. Kalau lagi agresif, boleh buat dalam 6 bulan sahaja rasanya. Berat naik mendadak selepas tamat pengajian, saya ditawarkan pekerjaan sebagai lecturer di sebuah Kolej Swasta di Kuching, Sarawak. Hampir setahun di kolej, pemakanan tak jaga. Asal rehat je, makan. Minum pagi, makan tengahari, minum petang pulak dah. Balik rumah, makan malam pulak. Mana tak berat 98kg. Ha Ha Ha
Bila member tanya, brapa berat badan ko skang?- Sy slamba jawab 98kg. Dah tak percaya pulak. Katanya badan saya tinggi. Tak nampak gemuknya. Ha Ha Ha.. Ya, saya 98kg.
Berat lemak, berat air dan macam2 lah.
So, semangat tu datang membara bila da problem nak cari kasut, baju dan seluar. Payah bebena. Kaau hari raya, tak payah la nek berangan nak beli baju kurung ready made. Memang tak de rejeki. So, kuatkan semnagat, start disiplin diri. Kalo dulu makan tak hingat dunia, sekarang makan ingat ngn badan. =)
Kalau dulu tolong member habiskan makanan lebih masa makan, sekarang ingat kesan kat diri sendiri. Kalau dulu semangat ajak member tempah makanan online, sekarang beringat selalu kesan sampingan dia.
Ni masa tahun 2012, aktif main netball, tapi berat masih 96kg.
Ni masa hujung tahun 2013, member ajak kuar g makan. =) Berat masa ni 98kg. Lagi 2 nak 100kg
Ni masa bulan 3 tahun lepas, dah start turun berat. Berat masa ni dah 93kg. Masa ni tak start jogging lagi, just jaga makan. Nak jogging, berat badan belom sesuai untuk jogging.
Nait g jalan-jalan kat singapore bulan 4, masa ni berat dah 90kg. Slow2 turun berat badan. Tengah bercuti, xdapat nak kontrol makan. Semua nak rasa. =) . Balik dari Singapore, start jogging. Jaga balik makan. Saya x da gi gym. Semua saya buat manual. Jogging + home workout.
Ni pula rekord perubahan berat start bulan 11.2013, niat nak kurangkan berat badan ni datang selepas semakin payah nak cari kasut, baju dan seluar.
Ni gambar bulan lepas, disember 2015, masa ni berat dah 83kg.
Dan yang ni paling latest, berat dah 80kg. Syukur alhamdulillah, berkat kesabaran dalam menjaga berat dan cara pemakanan, dapat turunkan berat sebanyak 18kg. So, target terbaru adalah berat nrmal untuk BMI saya iaitu 75kg. Maksudnya, saya kena buang lagi 5kg. Doakan saya okay.
0 comments