Masalah terlepas untuk membeli insurans bagi penerbangan mas dan cara untuk belian semula. Semestinya anda tengah mengalami masalah ini bukan? Kalau tidak, masakan anda ke blog saya. =)
Adakah saya pernah mengalaminya? - Ya, semestinya. Baru-baru ini, saya tergopoh-gapah nak membeli tiket untuk anak-ank buah saya balik ke Sarawak, kesannya saya terlupa untuk (tick) kan ruangan MHInsures menyebabkan tiket tersebut lebih murah dan tanpa insurans.
Bila saya semak semula tiket tersebut, memang sah lah saya terlupa membeli insurans. Dan niat untuk membetulkan kesilapan tersebut tergantung disitu sahaja apabila saya tidak dapat meng"update tiket" tersebut. Nak pergi ke Mas Center rasa malas menghantui diri. Jadi, saya amik jalan pintas call Mas helpline dan mereka mengesyorkan cara untuk membeli semula insuran tersebut. Alhamdulillah, boleh rupanya. Yela, kalo selalunya saya guna Airasia, jadi bila nak buat adjustment untuk tiket yang dah dibeli mudah saya. Tapi untuk Mas ni, dia lain sikit dari Airasia. Thank you Malaysia Airlines Helpline centre sebab penerangan yang mantap.
Jadi, saya ingin kongsikan caranya untuk pengetahuan semua mana tau kot-kot terjebak dalam masalah yang sama. Okay, sila rujuk dibawah untuk cara pembelian insuran Mas Airline.
Langkah-langkahnya:
1. Pergi ke web Malaysia Airlines (http://www.malaysiaairlines.com/my/en.html)
2. Lepas tu pilih "PLAN" dan "MH Insures"
Atau pun direct guna web ini (https://mas-ma-wl.poweredbycovermore.com/) anda akan terus direct ke web tempahan.
3. Anda akan ke page seterusnya di mana anda diminta untuk memilih jenis plan insurans (PLAN OPTION). Untuk adik dan anak-anak buah saya, saya pilih "Family Premier Single Trip" atas sebab tiket yang sebelum ini saya beli automatik guna plan insuran ini.
4. Selepas pilih plan, anda akan di minta untuk mengisi personal detail mereka seperti dalam gamabr di bawah ini.
5. Selesai isi malumat, anda boleh meneruskan pembayaran dengan menggunakan Debit/Kredit kad sahaja. Maksudnya, direct debit melalui akaun bank seperti maybank2u dan sebagainya adalah tidak boleh.
6. Dah selesai masalah. =) , Mereka akan emailkan kepada anda supporting document. =)
Tags:
#Insurans Penerbangan
0 comments