-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Masalah Laptop lambat, lembab atau macam siput


Kebanyakan yang memilikki laptop atau komputer peribadi sering berhadapan dengan masalah ini.  Rata-rata pengguna laptop / komputer tidak mengetahui penyebab atau penyumbang kepada masalah ini.  Bagi yang sedia maklum, mereka sudah biasa menggunakan komputer dengan cekap.

2015 adalah zaman teknologi yang telah bergerak dengan pesat.  Pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan komputer peribadi atau ipad dan sebagainya untuk melayari internet dan melakukan kerja.  Tetapi, ramai yang tidak tahu tentang pembersihan sistem komputer / smartphone mereka.  

Jadi apa yang perlu anda ketahui adalah setiap anda menghidupkan dan menggunakan komputer, memang anda akan menghasilkan sampah pada komputer anda. Setiap aplikasi yang dibuka, setiap browser yang digunakan untuk internet akan menimbulkan history, sampah, dan cache. Jika semua ini terus dibiarkan ruang hard disk di drive C menjadi penuh.  Hal ini akan menyebabkan sistem operasi komputer terganggu, dan kesannya komputer anda menjadi lambat.



Adakah masalah ini kritikal? – Jawapannya, tidaklah kritikal tapi boleh menyebabkan stress melampau. Semestinya anda tidak suka pada ‘stress jahat’ ini bukan.

Jadi, apa perlu anda lakukan untuk mengatasi masalah ini?

Saya syorkan anda menggunakan aplikasi Ccleaner yang boleh dimuat turun secara percuma di: web rasmi Piriform atau direct download from :

Kenapa Ccleaner? Banyak lagi aplikasi lain.

Ya, kenapa?. Sebab utama adalah file muat turun yang kecil dan antar muka aplikasi ini juga sederhana malahan mempunyai fungsi lebih dari sekadar pembersih. Apa semua fungsinya?

Fungsi Ccleaner:

1. Sebagai agen Cleaner






Feature ini tersedia dengan dua pilihan  panel ; Windows dan Application.  Pada panel Windowsa terdapat pilihan Internet Explorer, Windows Explorer, System, dan Advance. Keempat-empat submenu ini dapat menganalisa sistem untuk mencari file-file yang tidak diperlukan lagi. Dengan hanya meng’Klik’ tab Run Cleaner, file-file yang sudah tidak terpakai akan dibersihkan.
Manakala untuk menu Application, CCleaner akan mencari aplikasi yang kurang digunakan malahan memakan simpanan data yang besar.  

2. Registry



Menu ini berguna untuk menghapus semua registry yang bermasalah. Dengan memilih pilihan “Scan for Issues”, registry yang bermasalah akan muncul pada panel dan anda dapat membetulkan registry yang bermasalah tersebut dengan meng’klik’ tab “Fix Selected Issues”.

3.  Tools



Bahagian ini terdapat link “Uninstaller”, “Startup”, dan “System Restore”. Pada menu Uninstaller, anda dapat melakukan proses uninstall(membuang) aplikasi yang telah sedia ada dalam komputer anda.  Pada menu “Startup”,anda boleh memilih aplikasi apa saja yang hendak anda buka secara otomatik pada saat Windows pertama kali dihidupkan. Dan terkahir sekali menu “System Restore” membolehkan anda mengatur keperluan proses backup system komputer anda.

4.  Option



Anda juga dapat melakukan setting aplikasi CCleaner ini sesuai dengan keperluan computer anda. Pada menu ini, anda boleh mengatur setting seperti, pemilihan bahasa yang digunakan untuk aplikasi ini, cookies yang hendak dihapus atau disimpan secara otomatil, file atau folder tambahan yang boleh dibuang atau dikecualikan.

CCleaner adalah aplikasi yang dapat membantu mengelola performance komputer anda. Dan ini adalah aplikasi wajib yang perlu ada dalam setiap computer peribadi. Selamat digunakan dan membantu membersihkan computer setiap kali selepas digunakan.

Cara menggunakan CCleaner untuk tujuan membuang semua sampah yang terkumpul:

1. Buka aplikasi CCleaner (Pastikan anda telah menutup semua browser internet anda GOOGLE CHROME/ INTERNET EXPLORER) , selepas itu KLIK "Analyze", dan hasilnya seperti dalam gambar dibawah.



2.  Selepas itu, KLIK "Run Cleaner" dan anda akan melihat "pop-up window seperti gambar dibawah dan KLIK "OK".


3. Dan hasilnya adalah seperti gambar dibawah. Anda telah berjaya membuang semua sampah2 yang tidak digunakan ini.


Baca juga:

Tags:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..