Semalam, sampai je di Klang KTM, terus singgah ke Aeon Bukit Tinggi. Sebenarnya, niat di hati nak pergi GM Klang, tengok selendang. Tapi, apa kan daya terlupa lak sekarang musom cuti sekolah. Memang sesak dengan orang. Siap parking pon full. Dengan perut yang dah berkeroncong, saya pon meneruskan perjalanan ke Aeon. Seberang jer senang nak pergi sebab ada jalan direct ke sana dari GM.
Nasib baik senang dapat parking di Aeon. Kalau tak, mesti dah parkinson dah. Masuk je dalam Aeon, tak perasan lak ngan kewujudan pokok krismas ni. Almaklumlah, semua org tau tu adalah Aeon yang terbesar di Malaysia or Asia kalau tak silap saya lah.
Saya isi perut kat Chicken texas, my favourite place ;). Lepas makan, baru start pusing dalam tu. Tu yang terserempak ngan pokok ni. ;)
Memang besar sangat dan tinggi. Tinggi dia ikut ketinggian dalam Aeon tu. Menjadi kewajipan sesetiap mall untuk membuat tarikan sempena dengan sambutan akan datang. Next week saya akan update untuk mall yang ada di Sarawak okay. Sekian dari saya. ;)
Tags:
#Christmast Tree
0 comments