-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Perjalanan dari KLIA2 ke Klang guna KLIA Ekpress dan KTM

Hi geng, kalau entry saya semalam berkenaan dengan terlupa beli insurans perjalanan. So, kali ini saya nak kongsi pengalaman perjalanan dari Kuching ke Klang secara solo. Selalunya, kalau pergi sana memang kakak atau abang yang ambik dari airport. Tapi kali ni, saja nak rasa pengalaman dari KLIA2-KLANG 100% guna train. ;)

Flight saya pagi ni menggunakan Malindo Airline, macam biasa tempat duduk yang luas (jarak lutut ke kerusi hadapan jauh) ini masalah org kaki panjang macam saya. ;)



Gambar atas tu masa tunggu boarding.. Tengok kat luar, "eh, bag aku la". Bag purple tu nampak jelas sangat. Hahaha. Okay, berbalik kepada cerita.

Guna Malindo, kalau nasib baik, jumpa flight murah dari airline lain. Tapi iu pun ikut nasib. Sebab harga dia memang berubah2.

Semasa flight, pilot buat announce, first-time lak jumpa pilot silap baca skrip ;). Flight pukul 9.45-11.40 , pejalanan ambil masa 1jam 45minit. Tapi dia cakap, kita akan sampai ke klia pada jam 1.45 petang. Hahaha, penumpang lain semua dah bebunyi.. Lepas tu, mungkin co pilot tegur kot. Hahaha buat pembetulan.


Ok.Tu cite dalam 'bilun'. Okay, bila landed, semangat nak amik luggage, tapi ibarat menunggu ayam bertelur. Lama sangat, rupanya diorang sekalikan penerbangan Airasia yg baru landing. Hampeh.

Selepas amik bag, terus keluar ikut jalan utama, then terus ke KLIA Ekpress. Yang ni tak susah nak cari, after keluar dari tempat amik bag, jalan lurus sikit then nampak station KLIA Ekpress. Tapi bagi yang nak jalan2 dulu dalam KLIA2, jalan la dulu ye ;). Tapi make sure tau masa train seterusnya pukul brapa.

So, untuk perjalanan solo dari KLIA2 ke Klang, saya kena pergi KL Sentral dahulu. Saya amik KLIA ekpress dari KLIA2 terus ke KL Sentral. Kos untuk perjalanan seorang RM35. Sebenarnya ada pilihan lain jugak selain guna KLIA ekpress ni. Boleh guna bas dan teksi. Kalau bas murah sikit slm belasan ringgit untuk ke KL Sentral. Cuma saya tak ingat brapa lama tempoh perjalanan.



Lepas beli tiket, saya terus masuk sebab next train sampai dalam 5 minit lagi. Jadi, kalau beli tiket ekpress, ikit platform A. Senang bukan. Tempoh perjalanan dari KLIA2-KLIA-KL Sentral hanya memakan masa 30 minit lebih. Saya sertakan tempoh masa per pitstop.


Untuk lap pertama, masa diambil dari KLIA2 ke KLIA hanya dalam 2 minit. Dan berhenti selama 2 minit di KLIA. Sampai di KL Sentral dalam total masa 30 minit, sekejap sahaja.


So, gambar kat atas ni adalah tempat keluar dari station train ekpress. Masukkan kad tiket tadi kedalam mesin untuk keluar.  Seetrusnya, anda kena pergi ke KTM station untuk meneruskan perjalanan. Kalau nak jalan dulu dalam KL Sentral dipersilakan, sebab KL Sentral sekarang ini dah di lengkapkan dengan shopping complex. Jangan risau pasal train, sebab dia ada jadual perjalanan dan train terakhir rasanya pukul 11 kalau tak silap.  Kat dalam tu, anda akan nampak KTM station. Senang jer nak cari. Harga tambang seorang dari KL Sentral ke Klang hanya RM3.60 dan anggaran tempoh perjalanan dalam 1jam 30 minit. Haha, silap tak tengok masa. 






So, dah beli tiket, make sure tahu plat form mana nak dipergi. Jangan salah masuk platform lak. Tapi kalau salah pon stil boleh patah balik. Just kena pastikan anda menggunakan train yg betul.

Dan akhirnya, alhamdulillah saya sampai ke destinasi yang dituju. ;)


Semoga perkongsian ini dapat membanu anda secara langsung dan tidak langsung. ;)





Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..