Orkid adalah tanaman yang popular diseluruh dunia. Memilikki bau dan warna bunga yang berbagai menjadikan ianya salah satu faktor pilihan utama. Ramai tidak mengetahui bahawa untuk mendapatkan penjagaan yang baik, cantik serta sihat, penggunaan baja adalah amat penting dalam penghasilan ini. Baca yang paling baik digunakan untuk medapatkan hasil yang baik adalah Baja Tahi Kambing.
Ya, saya sebelum ini pon dah banyak cara digunakan antaranya ialah penggunaan uncang teh, air basuhan beras, air basuhan ikan (haha, ya saya pon pernah cuba) tetapi malang nya tidak berhasil. Ya mungkin ada kesan lain tapi memang tidak ketara. Setelah mendapat info dari jiran kampung sebelah (bagi tau pun , korang tak kenal) , beliau berkongsi petua tersebut dan saya terus dapatkan baja tersebut dipasaran. Memang kalau dibandingkan dengan baja lain, baja tahi kambing agak mahal. Tapi disebabkan ingin mencuba, saya beli juga.
Alhamdulillah, seminggu selepas menggunakanbaja tersebut, pokok orkid kembali sihat dan cantik. Saya sertakan gambar terkini, gambar sebelum guna baja tu tak terfikir lak nak ambil, maafkan saya hehehe.
Inilah hasil selepas seminggu menggunakan baja tahi kambing, pokok orkid saya seperti mahu meneruskan hidup dibandingkan sebelum ini. =)
In sha Allah, nanti saya akan update gambar terbaru kalau dah berbunga nanti okay. Terima kasih sebab sudi membaca nukilan hari ini.
Tags:
#Tip Tanaman Hiasan
0 comments