-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Yusoff Sudah 1 tahun 8 Bulan dan Apa Yang Yusoff Boleh Buat?







 Assalammualaikum dan Salam Maulidur Rasul Semua!

Lama sudah tidak meng'update' blog saya ini. Baru hari ini saya terdetik hati untuk update perkembangan seharian saya bersama Yusoff 💓.

Alhamdulillah. Yusoff dah genap 1 tahun 8 bulan pada Julai lepas. Seperti  biasa aktiviti ke Klinik Desa untuk check-up. Semua normal. Berat tinggi. Kali ini nurse tanya apa (3) perkataan yang Yusoff dah pandai sebut?. Haaa sudah. Saya memang perasan Yusoff hanya mumbling sahaja dan tiada perkataan yang saya boleh tangkap dan faham. Saya juga perasan dia lack of eye contact dan kurang meragam macam baby lain seangkatan dengannya. Semua yang saya detect tu saya maklumkan kepada nurse dan nurse telah refer saya ke pegawai perubatan bertugas. Akhirnya saya dan Yusoff dapat appoitment Klinik Pakar Kanak-Kanak. Sekiranya ini adalah yang terbaik untuk Yusoff, kita akan harung sama-sama sayang.  

Bermula itu lah kehidupan saya bertukar sekali lagi daripada bersantai akhirnya saya terkejar-kejar dengan appoitment Yusoff yang sampai 3 tempat (pakar kanak-kanak, cara pemulihan kerja dan speech delay therapy) dan tambahan (1) di ENT Teluk Intan, Perak. 

Ramai kenalan saya meminta saya untuk tidak terlalu risau akan perkembangan Yusoff dan memberikan contoh tentang anak saudara / kenalan mereka umur 3 / 4 tahun baru boleh bertutur. Sememangnya saya risau dan saya perlu lakukan sesuatu untuk mencegah daripada saya menyesal dikemudian hari kerana tidak melakukan apa-apa untuk rawatan awal. 


Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..