-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Genting Highlands 2022

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua!


Kali ni aku nak share sikit percutian singkat aku bersama keluarga di Genting Highlands, Pahang. 

Apa yang menarik tentang Genting Highlands 2022 selain daripada tarikan Cable Car dan Genting Premium Outlets (GPO)?? Semestinya Taman Tema Luar (Out Theme Park) yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri ðŸĪŠ. 

Okay, nak dijadikan cerita benda ni xda dalam calendar percutian aku dan Yusoff pon tapi tiba-tiba my sister from Sarawak last minute plan ke Genting and ajak jumpa di sana.

Cuba bayangkan perjalanan last minute kami dari Manjung, Perak nak ke Genting ðŸĪŠ. Hari sabtu pon kita bantai gerak. Alhamdulillah, selamat sampai dengan menaiki kereta Bezza 1.3 premium 😂😂😂 walaupun semputnya tak boleh akak bincang. Aku perati ja kancil manual overtake selamba der bezza kot 😂😂. 

Okay berbalik cerita tadi, sampai atas kita pi cari parking dulu untuk enter First World Hotel (yang ni jgn tanya booking mcm mana coz aku punya bilik ditaja oleh adik kesayangan aku 😁). Selesai check in bilik letak barang semua, kami turun lobby dan terus ke Indoor Theme Park atau nama baru dia sekarang Genting Skytropolis Indoor Theme Park yezzaa. Indoor game dia banyak juga lah cuma sejak ada baby Yusoff ni pergerakan limited sikit, ku korbankan perasaan membuak-buak utk main game 😂. Jadinya aku menabur bakti menjaga barang berharga milik keluarga aku yang aktif bermain game.

Selepas puas main game indoor, kami proceed jalan-jalan sambil cuci mata. Bukan beli apa pon, tengok ja sambil menikmati kesejukan semula jadi cewahhhh. 

Ada satu port viral yang pengunjung Genting wajib pergi utk meluhat dan merasai sendiri kabus malam yang dingin 😂 di lokasi berhadapan dengan Highlands Hotel. Dekat car park dan juga terdapat restoren luar hotel. Cuma, perjalanan dari Skytropolis ke Highlands Hotel tu boleh tahan jauhnya. Korang kena mental dan jangan cepat koyak macam kakak aku tu. Dia give up tengah jalan and request balik bilik nak rehat. Okay ByeBye! Nasiblah ada family abang aku and adik aku yang cekal hati nak juga tengok kawasan tu dan akhirnya kami sampai juga di tempt kabus tu ❤️💐😂. 



Selasai bergambar semua, kami turun semula berjalan ke arah First World hotel dari Highlands Hotel. Kali ni aku minta tolong adik laki aku untuk tolong dukungkan si Yusoff. Tak larat maknya. Ha ha ha. 

Esok ya Ahad, kami dah plan check out siap-siap then pergi breakfast sama. Selepas tu kami proceed untuk Outdoor game atau nama sekarang Genting Skyworld Outdoor Theme Park.

Harga tiket dewasa kalau tak silap aku aritu RM151.00 seorang , dan kanak2 bawah 2 tahun percuma. 

Korang nak masuk sini kena install app Skyworlds siap-siap tau. Nanti ticket tu just scan masuk dlm app. Apa kelebihan guna app ni, kat dalam taman tema ni ramai team genting skyworld yang akan amik gambar kita free ja nanti gambar-gambar kita mereka akan masukkan dlm cloud store dan app yang kita install tadi akan detect muka kita and tadaaaaaa gambar kita dah masuk kat dlm galery app tersebut. Kita just perlu download and share among family. 

So… apa game yang ada? 

Untuk transaksi dalam taman tema tiada istilah cash ya. Semua pkai kad yang ko kena topup dlm kad tu baru boleh guna utk bayar beli makanan, souvenir atau pun yang main game tembak2 atau panah2 atau pancing itik tu. Haaaa semua dah pakai kad dah sekarang. 



 





Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..