-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Appointment ENT Teluk Intan, Perak

Appointment ENT Teluk Intan, Perak


Selepas perjumpaan Pakar Kanak-Kanak pada 1 June 2022, Yusoff dirujuk ke Unit Pemulihan Carakerja,
Speech Therapy dan ENT Teluk Intan, Perak untuk “Hearing Assessment” untuk mengenal
pasti punca-punca kepada tindak balas Yusoff.



Pada 22 Julai 2022, appointment Unit
Pemulihan Carakerja, HSM. 1st time bawa Yusoff ke sini. Yusoff
dibawa masuk ke dalam dan saya kena tunggu di ruang menunggu lebih kurang 30-40
minit. Selepas itu Pegawai bertugas panggil saya masuk ke dalam bilik dan saya Nampak
Yusoff sedang bermain dengan mainan yang terdapat dibilik tersebut. Pegawai
tersebut mula dengan penerangan dan hasil pemerhatian terhadap Yusoff dan mula
menyoal tentang aktiviti harian dan juga cadangan untuk aktiviti yang boleh membantu
motor skill Yusoff.



Yusoff mula dihantar ke Taski pada
Januari 2022 setelah saya perasan dia kurang bergaul dengan saudara seusia
dengannya dan seperti tidak menghiraukan apa yang berlaku disekelilingnya. Alhamdulillah,
feedback dari teachers Yusoff memberitahu tahap perkembangan dan perubahan dia
daripada sorang-sorang, sekarang dah boleh berkawan. Saya juga nampak perubahan
Yusoff dan boleh bermain dengan saudaranya apabila balik kampung bercuti.
Walaupun bukan main yang orang cakap ko kejar aku, aku kejar ko, bukan. Boleh lah
kita kata bermain tu.



Pada 3.10.2022 appoitment dengan
ENT di Hospital Teluk Intan untuk Hearing Assessment di unit Audiologi, Jabatan
Otorinolaringologi (ORL)
. Jam 8.30 pagi dan berada di ENT Teluk Intan. Jumpa
Pegawai Perubatan pertama dia buat penerangan dan minta saya ke Bahagian
Emergency untuk dapatkan borang pendaftaran saya rasa untuk prosedure
menggunakan ubat pelali jenis cecair (makan). 



Selepas itu, saya dan Yusoff
kembali ke unit ENT dan masuk ke dalam satu bilik untuk bagi Yusoff ubat tidur
sebab nak buat pemeriksaan telinga, Yusoff kena tidur. Selepas itu saya kena
tidurkan si Yusoff, kalau tak tidur prosedure tak boleh jalan. 2 kali nama
Yusoff kena panggil tetapi sayangnya si Yusoff masih tak lelap-lelap juga. Baru
nak lelap tu, ada parent yang baru keluar bilik rawatan buka Cocomelon …
Haaaaaaa sudah mau terangkat mata dan kening si Yusoff terus bangun and pergi cari
orang-orang yang pegang HP untuk cek sapa yang bukak Cocomelon. Habislah…



Terpaksa guna cara kedua, dodoikan
dia and cari port bawah kipas bagi berangin sikit. Alhamdulillah, dia lena ja
terus terjah bilik no.4 untuk Hearing Assessment. Masuk dalam bilik tu pegawai
perubatan suruh baringkan dia dan pegang tangan dia takut si Yusoff terbangun
jenuh lak nak dodoikan dia. Dalam bilik tu, si Yusoff kena pakai beberapa peralatan
di kepala dia macam contoh gambar kat bawah ni:

Sumber Gambar : https://www.nhstaysidecdn.scot.nhs.uk/NHSTaysideWeb/groups/internet_contributor/documents/documents/prod_343699.jpg



Tapi yang kat Teluk Intan tu
bentuk pelekat dia bulat. Tapi sama ja macam ni.



 



Alhamdulillah. Hearing Assessment
Result dia Normal
. Pegawai tersebut maklum tiada followup di ENT Teluk Intan dah
lepas ni. Alhamdulillah.



Yusoff tidur lagi tak sedar apa
berlaku disekeliling dia. Sampai makcik dia datang ambil pon dia tak sedar
lagi. Alhamdulilah, lepas ni proceed untuk speech therapy dulu tengok macam
mana lagi. Doakan baby Yusoff saya ya semua.

 




Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..