-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Masalah keguguran rambut dan Trial penggunaan Neo Leaf Hair Tonic



Assalamualaikum, kali ni saya nak share sedikit story masalah rambut gugur yang di alami sejak menaun dah. Ha Ha. Tetiba sekarang timbul kesedaran nak melebatkan semula rambut selepas adik saya tegur rambut saya semakin nipis atau jarang. Mungkin disebabkan bertudung menyebabkan saya kurang peka pasal masalah rambut ni. Saya anggap normal saja. Tapi tak sedar rupa nya rambut semakin menipis.


Bila pergi kedai gunting rambut baru2 ni pon tukan gunting tegur rambut banyak gugur katanya. So dia syorkan saya buat treatment rambut. Dia buat offer so saya pon on je. Selepas treatment, tak kan nak seminggu sekali treatment kan? Bukan setakat rambut leh kopek.. Poket pon leh rabak. So saya try survey online produk2 yang abgus digunakan untuk masalah rambut gugur. Ingatkan penggunaan shampoo main peranan, rupanya tidak. Masalah rambut gugur di rawat dengan menggunakan produk Hair Tonic.


Banyak jenis Hair Tonic yang ada dijual di farmasi mahupon secara online. Saya prefer beli online sebab malas nak kuar g cari.  So, jumpa la artikel pasal budak perempuan dari Indonesia yang mengalami masalah sama seperti saya dan dia menggunakan produk Neo Leaf hair Tonic produk keluaran Jepun.  Berdasarkan testimonial beliau, memang berkesan dan kesan dapat dirasai dalam 3 hari selepas penggunaan produk ini.

Saya try cari kat laman shopping online seperti Lazada dan Superbuy, saya buat perbandingan harga then decided beli dari superbuy sebab more cheaper.

Dalam masa 3 hari, produk ditempah sampai dengan selamat ke rumah saya. Dengan packing yang TIPTOP dari Superbuy.my yang tak pernah mengecewakan saya.

Ini adalah Neo Leaf Hair Tonic bersaiz 240ML dengan harga RM110 including pos.

Dalam botol kaca, tu pasal dorang kena packing elok2. Ha Ha Ha

Okay, beralih kepada cara penggunaannya pulak: 
Hair tonic Neo Leaf digalakkan penggunaan selepas mandi dan rambut dikeringkan sedikit. Guna tiga titisan sahaja dan gunakan lebih pada kawasan yang mengalami keguguran rambut yang teruk.

Kalau cara saya, saya direct tuangkan ke kulit kepala untuk 3 lines, kawasan tepi dan tengah kepala. Selepas tu urut selama 2-3 minit. Guna setiap kali selepas mandi yer. Elakkan terkena mata. 

Hair tonic ni bau dia sangat wangi. Leh tidor senyum jer hidu bau yg sangat wangi.  Kulit kepala rasa berangin sekejap dan rasa rambut nak berdiri/kembang.  Bagi yang berambut pendek akan cepat merasai perubahan selepas penggunaan produk ini.

Bagi yang mengalami masalah kelimumur, saya syorkan anda guna ni. Memang layan. Masalah kelimumur selesai dalam masa yang singkat.


Saya start guna hair tonic Neo Leaf ni since 11.06.2016  till now, 18.06.2016 masalah rambut gugur dan kurang. Tak macam dulu, memang setiap kali lepas sikat rambut, confirm ada banyak rambut kat lantai. Sekarang, syukur alhamdulillah. Rambut macam kelihatan sihat dan masalah kulit kepala gatal memang dah jarang sekarang ni.

Bagi yang mengalami masalah sama seperti saya, anda leh cuba produk ni, tedapat dalam saiz 120ML dan harganya lebih murah juga.  Selamat mencuba ya.

Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..