Alhamdulillah kita masih lagi berada dibulan Ramadhan dan Aidilfitri bakal menjelang..
Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi kepada anda tentang masalah gigi retak ataupun rosak.. Saya pernah berhadapan dengan isu ini dimana gigi hadapan saya retak dari dalam, jadi kesan dari retak tu, gigi saya mula rosak dan bertukar warna dibahagian yg retak tersebut... Macam mana leh retak? Masa sekolah menengah dulu, walaupun dah besar panjang saya still suka main kejar2 dengan adik dan kawan2 adik saya.. So, tengah2 main tu terlanggar kepala kawan adik saya... Kepala dia takde cedera just kesan langgar gigi saya jer ada kat kepala dia... Tapi masa tu tak perasan lagi yang kesan perlanggaran terbut menyebabkan gigi saya retak dari dalam...
Kesan mula nampak apabila saya sambung study kat Politeknik. Masa tu dah 2nd semester 2008 rasanya.. Hilang confiden bila berhadapan dengan kawan2 dan org lain..
Jadi, solution yang saya ambil, saya g klinik gigi (poliklinik) untuk dptkan rawatan gigi.. Alhamdulillah, diorang tampal dalam tu yang kawasan berlubang.. Tapi malangnya tampalan tu tak lama, dalam sebulan dah tertanggal semua..
Tak berputus asa, saya g klinik gigi swasta A, tapi still sama... seminggu after tampal, tertanggal.. Buntu dengan masalah tersebut, saya story kat member, terus member syorkan klinik gigi yang bersesuaian..
Klinik gigi kedua saya pergi, memang ramai orang. Mungkin service yang tiptop rasanya kot.. Tiba turn saya, doktor tengok then terus cakap kita buang bahagian yang rosak ini dulu...
Masa dia buang kawasan rosak tu, memang agak mencabar... ngilu tak yah cita... Gigi rosak dah menular ke gigi sebelah... Almost separuh dari gigi hadapan tu doktor kikis.
Selepas selesai buang bahagian rosak, terus ke prosedur tampal simen (rasanya kot)... Warna tampalan sama dengan warna gigi... Syukur sangat2 sebab masalah gigi dah selesai.. Boleh senyum lebar dah.. 2 minggu selepas rawatan tidak dibenarkan minum air yang berwarna untuk elak tampalan bertukar warna.. Saya minum air putih jer.. Alhamdulillah.. Tampalan tu kukuh sampah sekarang.. 2008-2016
Kenapa sy share story ni? - Kebanyakkan orang2 kita, dia malu nak bertanya or tak tahu yang masalah gigi rosak/nak reput/buruk yg peringkat awalan masih boleh diselamatkan.. Jangan dibiarkan sampai gigi tu hilang (rongak). Ada diantara mereka dah plan siap2 dalam kepala nak buat gigi palsu untuk solution.. (gigi palsu pon mahal kos nya, baik buat treatment dr buat gigi palsu).
Kos tampalan saya pada masa tu just Rm90 (Rm45 utk sebatang gigi). Mungkin sekarang boleh cecah Rm60 utk sebatang gigi.
Sekian buat masa ni... Hope membantu bg yang memerlukan nasihat gigi.
1 comments