Art in Paradise Langkawi di Malaysia terletak di Pulau Langkawi iaitu di Oriental Village. Selain itu dikenali sebagai Muzium 3D terbesar. Muzium ini merupakan muzium 3D terbesar di Malaysia dan salah satu terbesar di dunia. Kesemua artworks yang dihasilkan dalam muzium ini adalah hasil lukisan tangan diketuai oleh 23 orang Pelukis Master Korea dalam lingkungann umur 60 tahun dan generasi terakhir mereka, dan dengan kerjasama beberapa orang pelukis tempatan kita. Kesemua artworks dipamerkan dalam bentuk 3Dimensi (3D).
Oriental Village- tempat nak naik cable car tu.
Serba sedikit info mengenai Art in Paradise Langkawi
Terletak di Oriental Village. Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah.
Menerima Award sebagai The Largest Trick Art Museum dari The Malaysia Book of Records, Best Tourism Attraction (Man Made) dari Langkawi Tourism Awards LITA
Keluasan: 20,000 sq.ft.
Lebih dari 100 artworks
Terdapat 9 zon dalam muzium tersebut iaitu:
- Optic Illusion
- Aquatic
- Safari
- Interactive 1
- Fantasy
- Classic
- Central Hall
- Malaysian
- Interactive 2
Kadar Bayaran:
Pemegang Mykad:
Dewasa RM30 (Warga emas dapat harga murah lagi)
Kanak-kanak RM20
Normal:
Dewasa RM38
Kanak-Kanak RM28
Masa Operasi: Dibuka setiap hari dari pukul 9.00pagi sehingga 6.30petang
#Contact Number : 013-5091209
Art in Paradise Langkawi (Facebook)
1 comments