-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Terapi mood melalui warna

           Warna juga mampu mempengaruhi mood dalaman kita untuk kekal cergas dan bertenaga. Warna sememangnya mampu mempengaruhi perasaan kita sama ada secara fizikal atau mental khususnya untuk menghidupkan mood yang tertentu tetapi jelas, setiap warna mempunyai kerektor atau sifat yang berbeza-beza bagi mewakili anda.
Biru
Melambangkan ketenangan yang sempurna.  Mempunyai kesan yang menenangkan kepada tekanan darah, denyutan nadi serta tarikan nafas.
Hitam
Mewakili kuasa,  seksualiti, keanggunan, kekayaan, misteri, rasa takut, fikiran yang dalam dan kemarahan namun ia juga warna teknikal yang baik.
Hijau
Mewakili alam semula jadi, persekitaran, kesihatan, tuah dan kesuburan.  Individu yang memiliki warna asas hijau akan cenderung mempunyai keseimbangan dan kestabilan dalam aktiviti yang meliputi tahap metabolisme yang aktif dan menjadikannya lasak, kuat dan cergas.
Jingga
Adalah rona campuran kuning dan merah.  Jingga dianggap warna hangat menunjukkan tenaga dan memiliki sifar berkilau serta sering digunakan bagi menarik perhatian orang lain.
Ungu
Warna luar biasa yang menandakan martabat yang tinggi, kerohanian, misteri, kearifan, keangkuhan, kurang toleransi serta pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.
Merah
Lambang psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong mempercepatkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah serta mempercepatkan pernafasan.  Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberanian.
Putih
Mewakili rasa hormat, kesucian, kebersihan, keamanan yang merangkumi sifat positif dalam kehidupan.
Kuning
Menggambarkan kegembiraan dan kebahagiaan, malah mempunyai sifat santai serta mudah menunda-nunda masalah.  Mempunyai pendirian yang berubah-ubah tetapi penuh dengan harapan selain mempunyai cita-cita dan semangat setinggi laingit.

Sumber dari : Majalah Harmoni

Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..