-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Bayi dibuang dalam lubang tandas awam





BAYI yang ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas kini mendapat rawatan di Hospital Jitra.

CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam.

Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan.
Sementara itu, seorang penduduk, Rofidah Md Noor, 45, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang lelaki berusia 30-an, kira-kira jam 10 pagi.

“Sebaik dimaklumkan, saya bergegas ke tandas dan mengambil bayi itu sebelum membalut badannya dengan surat khabar.

“Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan lemah dan sedang menghisap jari dipercayai lapar, manakala kakinya lebam,” katanya. Rofidah percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan kesan darah dalam tandas berkenaan.

Bayi itu dibawa ke Pusat Kesihatan Changlun sebelum dipindahkan ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.

Sumbr dari : Berita Harian

Komen dr Jihan:

Pa nak jadi ngan mansia kinek tok khususnya kaum wanita la.. Haiya..pande polah anak then buang lam mangkuk tandas??? Apa salah baby ya huh??? Mun x mok anak boh TUIJA nak kenja awal GILAK! Sian tangga baby ya.



Ya Allah..Selamatkan lah baby ya... Klak baby ya dah besar mesti sedey mun nya tauk diriknya di buang lam mangkuk tandas..

Betapa Hina mangkuk tandas tempat taik GUGUK ya..Wahai mak kepada baby tok..Bukak bigik mata ko eh...

Baca juga:

Tags:

2 comments

avatar

nang KEJAM org buang anak yaa.... BODO! binatang gik sayang ngan anakk.... mudahan idup orang ya sik tenang..!!

**emo**

nya sik pk kah,9bulan bb ya lam perut..pandey polah sex,pandey lah tanggong!! stupid!! geram atii mek eyhhhh.............

Balas delete
avatar

yalah..hehehe..nang kejam... dah la baby ya lapar...mok susunya... ceh..ompuan ya nang hampeh..

Balas delete



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..