-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal

 Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Pada umur 31 tahun saya diberikan peluang untuk menjadi seorang ibu. Saya belum berkahwin dan saya telah berniat untuk mengambil anak angkat since berumur 28 tahun. Kahwin atau tidak, sekiranya ada rezeki saya ingin mengambil anak angkat. Alhamdulillah. Sewaktu negara kita dilanda wabak Covid-19, Allah makbulkan doa saya, rezeki saya untuk menjaga Yusoff. Urusan saya dipermudahkan dari A-Z. 


Tanggal 22.10.2020, telah lahir insan teristimewa dan anugerah terindah buat saya dan juga keluarga saya, seorang bayi lelaki dan saya telah mendapat persetujuan semua pihak untuk menamakan putera sulung saya dengan nama Muhammad Yusoff. Nama diberi atas kelembutan maksud nama Yusuf itu sendiri. 


Bermulalah kehidupan saya sebagai ibu tunggal seorang anak dan dengan kehidupan saya sebagai seorang pegawai penyiasat. Dengan keadaan saya bekerja tanpa kira masa seperti kerja masa pejabat, alhamdulillah saya telah dibantu oleh adik bongsu saya Usu Azie untuk membantu mengasuh Baby Yusoff sementara mencari pengasuh dan juga kebetulan Usu Azie tengah bercuti tamat pengajian. 


Genap sebulan umur Baby Yusoff, saya telah berniat untuk menyunat awal Baby Yusoff dan alhamdulillah. (4) hari sahaja masa untuk sembuh selepas sunat secara clamp. 


Pada usia Yusoff 5 bulan, adik saya terpaksa balik ke kampung urusan kerjaya. Saya tepaksa mencari plan B. Mencari pengasuh bukan senang dengan keadaan pandemik. Alhamdulillah, jumpa pengasuh baru Yusoff.


Yusoff sangat pandai adopt with situation dan sangat-sangat memudahkan urusan mama dia ❤. Tetapi Yusoff hanya bagi reaksi friendly sekiranya orang tu dia dah tengok selalu. kalau dia tak trust lagi orang tu, buat lawak apa pon, dia tak nak senyum pon 😝😝😝😝😝. Ada bertanya adakah saya bagi susu badan dekat Yusoff ?, saya dah cuba tetapi tiada hasil yang positif. Ahli keluarga saya juga semua sudah pencen produce baby ☺. 


Tanggal 22.10.2021, genap 1 tahun umur Baby Yusoff ❤. Masih belum pandai berjalan tetapi dah berani berdiri sendiri cuma tak berani nak melangkah. Setiap hari proses pembelajaran saya bersama Yusoff. Sokongan daripad ahli keluarga dan juga rakan-rakan saya banyak membantu saya untuk menjaga dan membesarkan Yusoff.


Yusoff banyak mengubah diri saya dan saya setiap hari cuba untuk menjadi mama terbaik buat Baby Yusoff. 











Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..