Semestinya tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat badan yang dimilikki. Rata-rata mereka ingin mendapatkan jalan pintas untuk kurus tanpa bersenam. Ditambah pula dengan pasaran sekarang ni yang melambak produk untuk mendapatkan berat badan ideal. Ada yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit setiap bulan untuk membeli produk tersebut. Tidak dinafikan, produk untuk kurus yang berada dipasaran sememang nya berkesan untuk mengurangkan berat badan tetapi, sekiranya penggunaan produk tersebut tidak disertakan dengan disiplin pemakanan yang tinggi diselitkan sekali dengan senaman selalu, maka sia-sia lah perbelanjaan anda.
Disini saya ingin tekankan, produk-produk itu hanya membantu secara sampingan selebihnya adalah terletak pada diri anda sendiri. Dalam erti kata lain, JIWA harus KENTAL.
Bagi mereka yang baru hendak pasang niat untuk menguruskan badan, apa yang anda harus lakukan adalah bukan terus serta merta buat senaman ataupun jogging 5km. Bukan sama sekali.
LANGKAH PERMULAAN:
1. Untuk proses permulaan, apa yang harus dilakukan adalah mengatur pemakanan anda.
Jika sekarang anda selalu lewat minum pagi, sila pastikan anda menukar masa anda.Pastikan jarak selepas minum pagi adalah 3-4 jam sebelum makan tengahari.
2. Jangan sesekali skip makan tengahari sebab ini adalah sumber tenaga untuk terus cergas sepanjang hari.
Kalau boleh, kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur dan lauk. Makan secara perlahan.
3. Sebolehnya cuba skip makan malam. Bila kita jarang makan malam, kita membantu sistem penghadaman kita untuk berehat dan standby untuk keesokkan nya.
4. Minum air segelas sebelum makan, dapat mengurangkan lapar.
5. Elakkan atau berhenti minum air bikarbonat (Coca Cola dan seangkatannya) dan makanan manis yang lain seperti kek/cupcake/kuih-muih dan manisan yang lain. Ini memang byk membantu kepada penurunan berat badan sekiranya tidak di ambil.
6. Banyakkan minum air putih. Tapi elak minum quantiti yang banyak pasa malam hari.
Anda boleh mencuba selama 2 minggu, selepas itu barulah anda boleh mulakan dengan senaman ringan pada waktu bangun tidur pagi dan sebelum tidur malam. 2 aktiviti ini penting dilakukan secara konsisten dan jangan cuba ponteng.
Senaman ringan anda boleh try google contoh2 yang boleh anda lakukan. Setiap individu berlainan daya keupayaan untuk melakukan senaman, jadi saya syorkan anda mencari senaman yang bersesuaian dengan anda.
Selepas semua di atas menjadi rutin harian, anda sudah boleh pergi ke fasa seterusnya iaitu berjalan/jogging jarak jauh. Hal ini terbukti berkesan apabila anda berjogging jarak jauh, proses pembakaran lemak menjadi lebih cepat. Hal ini juga menyebabkan proses pembakaran lemak berlaku secara serentak di seluruh bahagian badan anda.
Sebelum jogging, jangan lupa untuk panaskan badan(warm up) terlebih dahulu dan selepas jogging jangan lupa untuk cooling down (Sejukan badan).
Harus diingatkan, adalah normal sekiranya baru firstime jogging then esoknya dah mula rasa sakit di paha. Maksudnya muscle anda bekerja keras semalam. ;) Jadi, jangan terfikir atau berniat untuk QUIT, ini baru permulaan. Apabila anda sudah selalu jogging, rasa sakit memang tiada lagi. Hal ini disebabkan muscle anda sudah terbiasa dengan aktiviti yang anda lakukan.
Info Penting:
Quantiti Makanan > Senaman = Tiada perubahan berat badan
Qunatiti Makanan < Senaman = Lebih mudah untuk capai berat badan ideal
Sedikit Tambahan: Faktor kasut sukan memainkan peranan penting. Jadi, pemilihan kasut sukan anda kena amik serius. Kasut yang mahal tak semestinya bagus dan kasut yang murah tak semestinya tak bagus. Anda boleh survey jenama Dunlop , tapi makesure anda beli yang khas untuk running dan bukan nya untuk TENNIS ataupun BADMINTON. Kerana tapak kasut utk sukan Tennis dan Badminton agak keras dan kurang selesa untuk larian. Beli yang tapak dia lebut dan jangan lupa untuk tekan guna ibu jari untuk tapak dalam kasut. Cara ini juga membantu anda merasa kesesuaian kasut itu.
Lagi satu, jangan beli kasut yang sama saiz dengan kaki atau pon lebih sedikit dari saiz kaki. Kenapa benda ini penting? Sekiranya saiz dibeli sama dengan besar kaki, anda akan mengalami masalah lebam kuku ataupun paling parang kuku tercabut. Semasa belari, tekanan kaki paling kuat di jari kaki. Jadi PASTIKAN anda mememli kasut yang besar dari kaki tapi jangan terlampau besar bahaya juga nanti . =)
Selamat Mencuba!!
19 comments