-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Panduan Memilih Peti sejuk

Tajuk: Panduan Memilih Peti sejuk
Petua: Memilih peti sejuk perlulah mengambil kira, jumlah isi rumah, jangka masa simpanan barangan, fungsi-fungsi tambahan dan belanjawan pembelian.

-Pilih peti sejuk bawah 300 liter jika jumlah isi rumah seorang ke empat orang (kebanyakan model ini adalah satu pintu = harga dlm rm1k kebwh)

-Jika sebuah keluarga membeli barangan mentah untuk simpanan seminggu, peti sejuk yang sesuai adalah sekitar 300 ke 350 liter. Harga bagi model 300 liter ke atas adalah diantara RM1000-RM1500.

-Dicadangkan bagi yang menyimpan barangan mentah untuk jangka masa seminggu atau lebih, dapatkan peti sejuk dengan fungsi membunuh bakteria atau yang boleh menyimpan sayur-sayuran segar lama. Antara fungsi-fungsi tambahan adalah, kaca tidak mudah pecah, tahan tumpah, kaca ruang boleh keluar dan pelbagai.

-Peti sejuk dua pintu, dikatakan dapat mengurangkan jumlah penggunaan tenaga elektrik. Ini kerana ruang beku dipisahkan dengan ruang sejuk, maka ruang beku jarang dibuka dan akan tetap suhunya. Dalam peti sejuk model satu pintu, suhu ruang beku akan sentiasa berubah yang diakibatkan oleh pintu sering dibuka dan ditutup. Ini menyebabkan peti sejuk akan lebih bekerja untuk menetapkan suhu dalam ruang beku.

-Bahagian getah sekeliling pintu peti sejuk merupakan bahagian yang mula-mula akan haus dan jika pemilihan jenama yg tidak elok, getah pintu akan cepat haus. Cuba dapatkan peti sejuk dengan bahagian getah saiz yang lebar dan dapatkan nilaian ujian ketahanan getah ini. Jenama terkenal biasanya membuat nilaian ketahanan berapa jumlah bukaan pintu peti sejuk getah ini akan bertahan. Pilihlah peti sejuk yang pengeluarnya keluarkan jumlah ketahanan dalam dokumennya.

-Peti sejuk dengan \\\"Defros (mencair)\\\" secara automatik adalah fungsi yang boleh dipertimbangkan. Malah ada model dengan selanggara minimun, seperti tidak perlu membuang air yang dicairkan, ia akan dikeringkan sendiri. Fungsi-fungsi ini adalah penambahan, jika penambahan harga dalam belanjawan anda, maka ia boleh dipertimbangkan.

+ Fikir dahulu sebelum Beli


Sumber2: Emel kawan

Baca juga:

1 comments

avatar
Tanpa Nama

I was able to find good advice from your articles.


Here is my homepage: cfnm fever hardcore

Balas delete



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..