Tetapi, ini bukan isu yang saya ingin kongsikan hari ini. Isu sebenar adalah bagi lepasan ijazah yang mengalami nasib yang sama seperti saya iaitu mempunyai baki tertunggak bayaran bulanan yang sudah lama tak terbayar dan telah mendapat surat peringatan 1-3, saya nasihatkan anda supaya ambil tahu tentang pinjaman anda itu. Hal ini adalah, pihak PTPTN sebenarnya ingin membantu kita untuk menguruskan pinjaman tersebut dan elak nama kita disenarai hitamkan.
Proses membayar tunggakan pinjaman saya telah kongsikan dalam entry sebelum ini. Terdapat banyak kaedah yang ada bleh gunakan untuk urus masalah tunggak tersebut.
Hari ini, saya ingin kongsikan perkara penting yang anda perlu buat sekiranya telah menyelesaikan tunggakan pinjaman yang harus dibayar pada tempoh tertentu. Contohnya sya, telah menyelesaikan tunggakan sebanyak RM4,066.00 dan mendapat resit pembayaran dari Pihak PTPTN. TETAPI, saya ingin INGATKAN kepada anda untuk dapatkan surat pengesahan pembayaran balik baki tertunggak tersebut untuk supporting document bagi urusan pinjaman yang anda ingin lakukan. Hal ini amat membantu dalam proses kelulusan permohonan tersebut.
Sekiranya anda terlupa untuk mintak surat tersebut, anda boleh email kepada pihak PTPTN untuk dapatkan surat tersebut dan sertakan sekali maklumat serta softcopy bagi resit pembayaran. Anda akan dapat feedback dari pihal PTPTN dalam kadar yang segera.
Sekian kongsian saya pada entry kali ini. Nanti saya akan update aktiviti terbaru insyaAllah. Assalamualaikum. =)
Perkara penting yang anda perlu ambil tahu selepas membuat bayaran tunggakan PTPTN.
1 comments