-->

Mulut Orang

Kita dengar dari Mulut Orang La...

Masalah Tunggakkan akaun pinjaman PTPTN selesai dengan akaun kedua KWSP

Masalah Tunggakkan akaun pinjaman PTPTN selesai dengan akaun kedua KWSP



Assalammualaikum,

Hari ni, saya nak update sikit cerita tentang masalah tunggakkan akaun pinjaman PTPTN.  Bagi yang jenis sama macam saya, bayar pinjaman tak ikut jumlah perlu bayar ikut jadual bayaran balik, memang akan ada tunggakan pada akaun. Sebab bayaran sebenar tak ikut jadual so akaun akaun tertunggak lah. Jangan lak buat-buat terkejut surat warning PTPTN sampai kat umah ye.



So, macam saya ni sekarang still status belom bekerja so banyak lah tertunggaknya. Saya dah buat permohonan tangguh bayar untuk 1 tahun.  Penangguhan saya tu alhamdulillah diluluskan oleh pihak PTPTN.  Walaupon penangguhan berjaya, bayaran bulan still berjalan termasuk interest ye, cuma bezanya anda tidak akan menerima surat warning ke 2, 3 dan yang terakhir warning 4.



01.02.2016 tarikh tamat penangguhan bayaran saya. So, surat ptptn sampai kat umah suruh g cawangan ptptn berdekatan untuk urus penjadualan semula.  

Pergi ke cawangan PTPTN UTC, takde pilihan, kena juga langsaikan jumlah tertunggak sama ada secara penuh atau separuh dari jumlah tertunggak untuk penjadualan semula.  Nak bayar penuh, tunai tak cukup ni.  Jadi eksekutif PTPTN tu bagi cadangan untuk buat bayaran menggunakan akaun simpanan 2 KWSP.  Yang ni ikut amoun yang awak nak kuarkan untuk lunaskan tunggakan. Saya difahamkan, if kita nak buat penjadualan semua, kemungkinan besar nama kita dilabelkan as bad payee oleh bank negara, dan kita akan mengalami masalah untuk buat personal loan or loan property. Bila dengar macam tu, terus tak jadi nak buat penjadualan semula. Terpaksa berjuang untuk buat bayran balik dengan consisten. (dah pandai pinjam, kena lah pandai bayar balik kan) ha ha ha



Part untuk APPLY pengeluaran wang KWSP, pihak ptptn akan kuarkan surat dari PTPTN beserta dengan dokumen sokongan yang lain.  Tugas kita lak, hantar surat dan dokumen tu ke pejabat KWSP dan bawa sekali ORIGINAL Transkrip dn sijil ijazah beeserta salinan dia.  Yang ni, pihak KWSP nak tengok.




Bagi kes saya, tunggakan sedia ada dalam RM1.7k + tunggakan setahun penangguhan RM1.8k total RM3.5k, Ni amoun tunggakan saya. Banyak bebeno. So, saya setelkan secara cash dan sedikit topup dari wang KWSP. (Ni bukan apa, kalo duit dalam akaun 2 tu banyak, memang saya mohon bayar untuk semua jumlah tunggakan. Tapi apa kan daya, kerja tak lama, so duit pon x banyak lah dlm tu)



Hari ni, 04.02.2016, saya pergi ke KWSP untuk uruskan permohonan. G kat kaunter, pihak KWSP akan bagi 1 lagi borang suruh isi + print penyata KWSP dekat mesin luar tu (Memang dah disediakan).  Lepas tu amik no giliran.. Tingtong 3007 kaunter 1. Sekejap jer urusan dia. Siap dalma masa 5 minit. Syukur alahmdulillah. Permohonan lulus dan wang akan masuk direct ke akaun PTPTN dalam masa 14 hari bekerja.  Jadi, sekarang saya just tunggu panggilan dari pihak PTPTN berhubung dengan bayaran tersebut.



Tanggungjawap seterusnya adalah membayar ikut jumlah bayaran bulanan supaya akaun tak tertunggak lagi. 

Baca juga:

0 comments



Emoticon

PESANAN PENTING

PESANAN BUAT ANDA! Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan masalah-masalah yang timbul selepas anda mengamalkan Petua-Petua di ruangan ini. Sebaik-baiknya anda mendapatkan pandangan pihak yang pakar ataupun Doktor..